Sunday, April 15, 2012

Air Mata Misa 2011

Semua insan mesti pernah sedih-sedih kan? Pastu masa lu orang sedih gua yakin lu orang mesti terkeluarkan air mata lu orang kan? So, gua pun nak share tentang apa yang boleh buat gua frust until my tears come out and in that time, I really need shoulders! hahaha...tapi malangnya, tak de volunteer yang nak share shoulders dia kat gua!! Shoulders ok...Gua nak ramai bukan sorang tau!!! hakhakhak...apa gua tak cukup lawa ker? hehehehe...^___^

# Bila gua keseorangan, gua terfikir ada kawan sekampung gua. Kadang-kadang gua meseg tapi tak reply. Gua diam la. Bila on facebook gua chat, kadang-kadang tak dilayan. Gua diam tapi dalam hati gua sebak gila. Gua ajak jumpa sebab lama tak jumpa, gua arrange makan sama-sama, tapi payah sebab schedule study tak sama. Gua sabar. Tujuan gua, gua nak dorang tahu, walau gua hidup kat sini dengan member baru, gua tetap ingat kawan lama memandangkan study satu tempat tapi tempat tinggal lain-lain. Selalunya memang payah nak jumpa, chat sekejap dah kata bye-bye. Ok, gua understand lu orang penat. Maaf ganggu lu orang. Gua nangis lagi. Terasa tersisih. Tak apa la. Masing-masing punya kehidupan. Lepas ni kalau lu orang perlukan gua, gua akan datang tolong sesegera yang mungkin. Gua tak mau lu orang rasa sakit hati tersish macam lu orang buat kat gua. Gua ikhlas dan tiada dendam. Sampai mati, lu orang tetap dalam ingatan gua.Gua forever love die hard ngan lu orang...

# Bila gua pegang jawatan, gua punya teamwork 200% gua bagi. Oleh itu, gua akan selalu follow up dengan partner gua tentang apa kerja gua dan semua-semua la. Tapi bila hari program tiba, gua tak tahu apa kerja gua. Gua tiba-tiba digantikan dengan orang lain. Sumpah! Gua sedih dan mengalir air mata lagi! Gua seolah-olah dianggap bodoh! Bila gua ingat balik, gua selalu meseg tanya itu ini, lu orang tak balas. Gua tanya itu ini secara direct lu orang cakap, nanti kita discuss, sekarang masa tak sesuai. Bila hari program, gua jadi tunggul kayu!! Gua duduk di satu meja melihat kerja yang sepatutnya gua buat diambil alih oleh orang lain. Gua tak akan layan lu orang masa kejadian sebab hati gua sakit bagai ditusuk sembilu gitu. Lepas program lu meseg gua kata ‘sorry for everything’’, gua kata, its okay, benda dah jadi. Lu paksa gua cakap tapi gua tak mampu cakap. Kenapa? Gua lebih suka simpan dalam hati sebab kalau gua cakap, gua akan emosi. Bila gua emosi, lu mesti rasa bersalah. Gua tak mau lu rasa bersalah. Biarlah yang sudah itu sudah. Tapi gua tetap ingatkan diri gua supaya tak bekerjasama dengan lu lagi. Mungkin gua tak ok untuk kerja itu. Tapi gua tetap ingat jasa lu pada gua. Gua aka kawan lu juga sampai bila-bila. Gua professional.

# Bila lu orang ada masalah, seboleh-bolehnya gua nak tolong bantu. Kalau tak dapat bantu, gua akan jadi pendengar yang setia tanpa complain anything. Sumpah! Kalau lu orang sedih, gua akan sedih! Kalau lu orang nangis sebab masalah lu orang, gua akan nangis juga! Walaupun lu orang jauh dekat kampung, dalam telefon lu orang menangis, gua tetap menangis untuk lu orang. Kenapa? Sebab gua sayang dan hargai persahabatan kita. Gua ingat lu orang kenang gua. Maklum kita sama study tempat orang. Tapi bila gua ajak lawat gua di bilik, tak pernah lu orang nak. Alasan, tempat tinggal gua jauh! Tiba-tiba one day lu orang datang di kawasan tempat tinggal gua. Gua ingat lu orang memang nak lawat gua, rupa-rupanya lu orang ada kerja dengan kawan baru lu orang. Gua sedih, sebab sudah masuk 3 tahun, tak pernah pun demi gua lu orang datang sini. Tak apa la, gua pasrah. Gua ok jer. Cool. Biar gua sorang-sorang saja selalu lawat lu orang dalam kampus. Gua tak mau lu orang rasa penat macam gua rasa. Tapi sumpah gua ikhlas lawat lu orang. Walau gua sering nangis jugak sebab bila gua suggest pg tempat gua, lu orang cakap, ‘’kalau lu sakit nak mati, confirm gua lawat. Kalau setakat sakit biasa-biasa,tak mau la. Lu jauh beb.’’ Tak apa lah. Gua ok. Terima kasih walau dalam nada bergurau tapi gua dapat rasakan keikhlasan ayat tersebut sebab dah masuk 3 tahun, lu orang tak pernah datang lagi. Its ok. I will keep my good healthy for my lovely mama and my brothers n sisters. Lu orang jangan datang lawat gua kalau gua kena tahan dekat hospital sebab kurang air. Gua belum mati lagi. Just add ''water'' jer pun.

# Bila gua susah, gua tak suka share or story about myself. Gua nie perahsia dan tak suka bab luah-luah perasaan. Perkara dalam-dalam gua very difficult nak sharing-sharing! Gua tak pandai. Tapi bila lu orang paksa, gua cerita yang biasa-biasa jer macam gua tak cukup duit sekrang. Tujuannya gua adalah untuk meringankan sikit dan melegakan hati gua. Sumpah! Gua tak minta bantuan tapi bila lu orang cakap nak tolong gua, gua akan cakap, tak pe lah gua stil boleh hidup…tapi dalam hati gua memang mengharap kalau ada bantuan, lalu lu orang cakap esok lu orang nak tolong…gua tertunggu-tunggu…esoknya, lu meseg gua, esok lu bagi bantuan...gua tunggu dan esoknya lu meseg benda yang sama, sehingga seminggu,bantuan yang dijanjikan tak de pulak…gua kecewa…gua menangis dalam diam…Sumpah! gua tak kisah lu nak tolong gua ke tak tapi bila dah janji gua tertunggu-tunggu juga sebab lu meseg gua hari-hari walaupun gua dah cakap tak payah tolong! Bila lu orang meseg kata nak tolong gua lagi, sumpah gua tak akan percaya sampai mati!!! Bukan berdendam tapi gua takut kecewa lagi…Gua nie nampak je gagah, tapi gua mudah mengalirkan air mata! Jadi jangan bagi harapan dengan gua. Frankly speaking, gua tetap ok tanpa bantaun tapi kalau dah berjanji nak membantu, seconfirmnya gua ternanti-nanti.

# Bila gua dah bengang, gua post kat fb lu orang, ‘’dah sombong arr’’. Lu orang balas, ‘’ye lah, gua memang sombong,korang jer baik. Memang gua tak pernah balas meseg and everything tapi gua tetap ingat lu orang. Gua mintak maaf la sebab gua sombong.’’ Gua terdiam, gua chat, lu tak balas. Gua meseg lu tak reply. Macam biasa! Gua pujuk lu orang. Tiba-tiba terjumpa secara tak sengaja, gua peluk dan kiss pipi, tapi lu macam tak suka. Ok lah, tak apa. Gua just nak bagitau, gua ikhlas, walaupun gua punya rambut merah, gua punya hati fully warna putih! Suci dan bersih tanpa debu tahap keihkhlasan gua nak berkawan. Gua sedih dan nangis lagi. Orait, next time, kita jumpa. Tapi masa tu gua hanya salam. Tak mau sentuh pipi sebab takut lu orang elak. Gua tak mau lu orang rasa tak selesa dengan kehadiran gua. Biar gua je rasa tak selesa bila lu orang tak balas meseg gua. Gua ok dan tetap steady. Kita kan BFF.

KESIMPULANNYA, HIDUP INI PERLU SALING INGAT-MENGINGATI ATARA SATU SAMA LAIN. BILA SUDAH DAPAT KAWAN BARU, JANGANLAH LU ORANG LUPA KAWAN LAMA. KADANG-KADANG KAWAN LAMA LEBIH BAIK DARIPADA KAWAN BARU. GUA TAK HALANG LU ORANG NAK LUPAKAN GUA. LUPAKANLAH. GUA AKAN OK WALAUPUN AIR MATA GUA TETAP MENGALIR. KEHIDUPAN MANUSIA MEMANG BEGITU. AKAN ADA PASANG SURUTNYA. BILA BERSAMA, SEMUA DIKONGSI TAPI BILA BERJAUHAN BUKAN SEMUA BENDA KITA BOLEH KONGSI MALAH DALAM BERJAUHAN ITULAH, KITA AKAN DAPAT MENGETAHUI APAKAH PERANGAI KAWAN KITA SEBENAR. MUNGKIN KADANG-KADANG ANDAIAN KITA TERSILAP AKAN PERUBAHAN PERANGAI KAWAN KITA TETAPI SELALUNYA MEMANG BERUBAH. BIAR KITA JAUH TAPI SERING MENGINGATI ANTARA SATU SAMA LAIN…BIAR KITA ADA KAWAN BARU, KITA TETAP CARING DENGAN KAWAN LAMA…BIAR KITA SUDAH DIKENALI, INGATAN TERHADAP YANG LAMA MASIH KUKUH…JANGAN KITA JAUH TAPI TERUS MELUPAKAN SEGALANYA…JANGAN KITA ADA KAWAN BARU, TERUS LUPA AKAN KAWAN LAMA…JANGAN KITA SUDAH DIKENALI, MEMBUANG MEMORI LUPA. HIDUP KITA BUKAN SEMUDAH SEPERTI YANG DISANGKA. GUA TULIS BENDA BERDASARKAN PENGALAMAN GUA TANPA ADA KAITAN DENGAN YANG HIDUP, YANG MATI MAHUPUN YANG NYAWA-NYAWA IKAN. GUA CUMA NAK KAMU SEMUA TAHU, GUA TAHU, LU ORANG SELAL INGAT GUA. KADANG-KADANG GUA YANG TERASA ATAS SEBAB KECIL SEPERTI TAK BALAS MESEG SEHINGGA BERBULAN-BULAN LAMANYA. LU ORANG TETAP ADA DALAM HATI GUA SAMPAI BILA-BILA. MATI HIDUP SEMULA GUA TETAP FRIENDSHIP FOREVER DENGAN LU ORANG. OK LAH, SEKARANG GUA NAK KEMAS BILIK DULU. NANTI BILIK GUA DAH CANTIK MACAM HEAVEN,GUA UPLOAD BAGI LU ORANG TENGOK HASIL KERJA BUDAK ROCKS MACAM GUA. OKAY LA. SEMUA, JANGAN LUPA SOLAT YER…SOLAT TIANG UGAMA...BIAR TAK ALIM, TAPI KENA TUNAIKAN RUKUN ISLAM DAN RUKUN IMAN. KALAU TAK MAMPU BUAT SEMUA, KITA MULA DENGAN PERLAHAN.

MISA ASYIDAH MIZUKI

25 JANUARI 2011

18:40 PM

p/s= sumpah!!!!! gua sangat lapar...ptptn membataskan gua...hehhhh~~


***by Misa Asyidah Mizuki on Tuesday, January 25, 2011 at 6:13pm***

No comments:

Post a Comment